Breaking the Stereotyped-World
1 year ago
permalink
If you’re a SUPERHERO…

               

Hey all!

Yesterday was a bad day for me! ( I lost my wallet and bus ticket;[ )

Anyway, Superhero? hmm…kita semua mesti pernah tengok kartun superhero kan…ada Superman, Spiderman, Hulk, X-men…Kalau Malaysia, Kluangman, Cicakman, Lembuman.. (HUH?;D)

Kalau kita ada pilihan untuk jadi SUPERHERO, apakah kuasa yang anda nak pilih? hmm…soalan ni macam kita bawa budak2 ke Candy Shop, banyak pilihan sampai tak tau nak pilih yg mana! ;D

Kalau saya, saya nak jadi Superman…Saya teringin sangat nak pergi serang Israel tu…huh! memang best kalau dapat jadi Superman..Ingat nak jadi Ultraman pun ok jugak, tapi Ultraman terlampau show-off and terampil sangat…sekali bertukar, sebesar alam…habis semua tau;D

2nd pilihan pulak, nak dapat kuasa boleh baca apa yg orang tengah fikirkan…hmm…ni best, sebab sekarang ni terlampau ramai sangat orang yang hipokrit..huhu…so, if ada kuasa ni, saya boleh la nak scan mana orang2 yang hipokrit ni…;D 

MR xxx: “Bro, nak pinjam duit sikit boleh x, aku tengah kering la…”

MR yyy: “Boleh2..nah ambil lah”

MR xxx: “Thanks bro!”

MR yyy: “duit2..apa ingat aku ni cap duit ke” <—— cakap dalam hati

MR xxx pun pergi dengan senang hati dan gembira…baiknya kan MR yyy, kata MR xxx..

Kalau lah MR xxx ada kuasa tu, sure dia dah pulangkan duit tu balik kan..;D

(cerita di atas adalah rekaan semata-mata)

Anyway, “alangkah bestnya kalau dapat jadi superhero” hanyalah satu imaginasi yang takkan boleh berlaku…Namun, hargailah diri kita, hargailah potensi diri kita, percayakan diri kita, perbaiki kelemahan diri kita, usaha dan terus berusaha…Dan kita akan menjadi “Superhero”…Jika tak mampu untuk menjadi “Superhero” untuk semua, cukuplah sekadar kita menjadi “Superhero” untuk orang yang kita sayangi…Kepada ibu bapa kita, keluarga kita, pasangan hidup kita, teman2 terbaik kita..Buatlah kebaikan, sentiasa saling tolong menolong, buang perasaan dengki sebagainya, dan sebenarnya kita telah pun jadi “Superhero” :)

P/S: Jangan ada yang teringin nak jadi Invisible Man,dah lah ye! ;D

1 year ago
permalink
Politik Oh Politik!

                 

Morning all!

Politik Oh Politik? hmm..bila kita dengar perkataan “politik” ni, mesti ada yang mengeluh, ada yang garu kepala, ada yang pejam mata, ada yang bosan, ada yang menyampah, ada yang macam-macam.

Apakan tidak, di Buletin Utama cerita politik, di newspaper pun politik, di FB pun berpolitik, pendek kata semua politik.

Persepsi saya berkenaan politik ni, bagi saya politik ni memang perlu, di negara mana-mana pun mesti ada isu politik, kalau takde tu, tu bukan negara namanya;D Cuma, keadaan politik sekarang ni terlalu kotor bagi saya, seolah tiada serbuk pencuci pun yang boleh nak bersihkan kekotoran ni. Ada udang di sebalik batu, bukan setakat tu je, ada lagi sesuatu di sebalik udang tu. Ini nak menggambarkan sebenarnya masih banyak lagi yang kita tak tau sebenarnya.

Bagi saya, kita perlu tau berkenaan politik, tapi biarlah isu yang sihat sahaja. Fokuskan pada pembangunan, usah kita pertikaikan pembangunan di negara saja, fikirkan tentang pembangunan diri kita dulu. Majukan diri kita dulu. Ini lagi penting.

Apa yang saya nampak sekarang, ramai yang terlalu obses dengan isu politik, dengan semangat kepartian. Tuding menuding jari, aku tuduh kau, kau tuduh aku. Aku benci kau, kau benci aku. Marah sana, marah sini. Hakikatnya, yang ramai orang kita yang obses ni, duduk kedai kopi, sampai maghrib tak balik lagi, duduk sembang politik.

Ramai bercakap soal perubahan negara, tapi bila orang tegur mereka supaya berubah untuk menjadi lebih baik, itu pun sudah terangkat punggung, panas telinga, taknak terima hakikat. Usahkan nak ubah sebuah negara, sedangkan nak ubah seorang individu pun susah.

Majukanlah diri kita dulu, pemikiran kita, potensi diri kita dulu, ini lagi penting. Sebab hakikatnya, bertapa banyak pun kita duduk cakap, komen dan sebagainya tentang politik, orang2 atas tu, tak pernah ambil tahu pun. Kita maju, kita gembira, keluarga bahagia, ini lagi penting kan :)

Dalam Islam, terkandung segalanya, termasuklah politik.

Tapi bukan segalanya itu adalah politik.

Renung-renungkanlah;D

P/S: Apa yang ditulis ini adalah sekadar peringatan untuk diri saya sendiri :)

1 year ago
permalink
I Love Forex!

                  

Hey All!

I am sure that all of you have your own passion right?

Some people love shopping.

Some people love reading.

Some people love cooking.

And I love Forex!

Investment is my passion, for the time being, I am fell in love with Forex;D

Just by looking at the charts,it can make me lost in time. ;D

Whatever it is, just do what you love to do! Don’t get stuck with the perceptions of people. Some might love singing, but afraid of people’s criticism. Some people love reading novels, but afraid that people will say that they are “Mat or Minah Bunga”. Hey, just forget about “what if” things. A lot of “What if” will build huge boundary against your self-potential!

People just know to critics but the truth is, there are only plenty of them that do really care about us!

Stop think of others, as long as what you want to do is not wrong, then just go and do it.

I Love Forex. So, if there are people who don’t like it, and keep on criticizing me, I just don’t give a damn! This is how to be much happier in your life, believe me :)

permalink
DBKL oh DBKL!

Hari ni saya nak cerita pasal perangai si pegawai2 DBKL yang teramatlah baik ;D

Saya memang selalu naik bas ekspress untuk balik ke rumah di Pahang. Naik di Stesen Pekeliling. Then kat stesen tu memang takde jual makanan2 ringan untuk kita bawak makan dalam bus. So, ada lah makcik2 yang bawak troli n jual kat stesen tu. So, alhamdulillah, dapat la jugak beli air n makanan ringan. Tapi yang terbaiknya, DBKL yg baik hati ni, larang orang menjaja di kawasan stesen. HUH!

Makcik tu tak ambil space besar pun, bukan laluan orang ramai.

Makcik tu tak buang sampah merata pun, jaga kebersihan.

Makcik tu bukan jual makanan tak halal pun.

Makcik tu bukan buat bising pun.

Makcik tu bukan menyusahkan orang pun

Makcik tu lagi menyenangkan lagi ada lah, sebab senang orang ramai nak beli makanan before naik bus teruskan perjalanan.

Tapi yang bestnya, dilarang menjaja di sini, denda RM1000. baik sungguh DBKL ni.

So, pegawai2 DBKL ni pun yang pakai uniform n naik motor n lori ni, selalu buat spotcheck. Dengan muka bengisnya datang, n makcik2 ni pun lari la bertempiaran dengan troli dia orang..Ya Allah, siannya. Dorang just nak cari makan je.Bukan menyusahkan dari segi apa pun. Kenapa la nak hambat dorang mcm binatang.

TAPI , yang paling bestnya, ada la dua tandas kat stesen tu. BURUK, BUSUK, KECIK, KOTOR. Ni ya memalukan kat tourists, and menyusahkan kami penumpang ni nak buang air. APA KATA, pihak2 bertanggungjawab mcm DBKL ni, dah2 lah hambat makcik2 tak bersalah tu, n pergi improvekan prasarana kat situ dulu macam TANDAS KECIK KOTOR tu.

Tandas KOTOR=Menyusahkan orang ramai

Makcik2=Menyenangkan orang ramai

DBKL=Kejar Makcik2, Lupakan Tandas

Conclusion?

Fikir2kanlah sendiri;D

1 year ago
permalink
Its your car, and you are the driver!

                

Hey All!

emm..Its your car, and you are the driver? huh? ;D

Apa yang ingin saya katakan disini adalah, “car” itu adalah hidup anda, dan anda adalah pemandu kepada hidup anda itu..Tapi sedar atau tidak, ramai antara kita sekarang, yang menjadi penumpang kepada kehidupan mereka sendiri. Maksudnya?

Lets take one example, sekarang ni ramai students IPT yang masuk universiti ni hanya kerana disuruh oleh parents. Itu masih ok, sebab untuk masa depan yg baik, tapi ada  yang take courses yang against dengan passion and interest, ada yang minat memasak, tapi ayah dia cakap “theres no future in cullinary arts! you must choose architecture and be an architect just like ME!” (ayah dia tu arkitek;D) . Then si anak pun ambil architecture. Sedar tak sedar, si anak tu dah jadi penumpang kepada kehidupan dia sendiri, dan parents menjadi pemandu. Yeah, parents sentiasa fikirkan yang terbaik untuk anak dia, tapi mungkin kita tak sedar, yang passion tu memang teramat penting sebenarnya. Do something without passion, ibarat makan nasi tanpa lauk ;D .

The power of passion, mungkin ramai yang ambil mudah. Rujuk balik pada si anak tadi, lets say dia teruskan dengan architecture, then dia pun belajar dengan terpaksa, pergi class dengan perasaan yang berat hati, then at last, dia grad, and become an architect, tapi disebabkan tiada passion, belajar pun sambil lewa, and architecture bukan suatu yang diminati, dia end up dengan jadi arkitek yang tak berkualiti. (Ini la jenis yang buat bangunan dan runtuh tu;D) Cuba kalau dia belajar memasak, memang field yang susah sikit nak cari makan, tak macam lain2 bidang, tapi disebabkan the power of passion, he may end up jadi seorang chef yang berdedikasi dan berkualiti, dan dia akan jauh lebih berjaya dalam bidang tu, percayalah :)

Dan apa yang jauh lebih penting, si anak tu akan jauh lebih bahagia dalam kehidupan dia. Thats why, it is so important, to protect you “Car”, don’t let people drive it for you. Know your rights. Jangan jadi penumpang, jadi lah driver pada kehidupan anda sendiri. Chase your own dreams, don’t chase others’ dreams.

So, our conclusion is:

Passion+Efforts=Success+HAPPINESS

Efforts-Passion=Success-HAPPINESS

(Efforts without Passion might leads to success but lack of self happiness)

Its our own life, life is short, stop wasting our time chasing others’ dreams, chase our own dreams. Our life will be much more meaningful. Thats all for now. Adios ;D

Powered by Tumblr Designed by:Doinwork